Rabu, 29 Mei 2013



Mencari Semangat. Mencari Hati. Semua Keranamu.


Ya aku perlu lupakan dia.
Dia yang belum tentu dicipta untuk aku.
Mulai sekarang dan seterusnya.
Berhenti & keluar dari dunia fantasi.
Teruskan hidup dengan realiti.
Fokuskan tujuan utk capai stabiliti.
Demi mengukuhkan identiti.
Identiti yang baru ditemui.
Yakin boleh & terus percaya diri.
Boleh bahagiakan keluarga juga diri ini.


Aku kan kuat semangat.
Kasih sayang mak abah dan keluarga sudah cukup.
Cukup bermakna dan berharga.
Sudah penuh.
Aku kasih dan sayang pada kalian.
Kalian pun begitu juga.
Itu yang aku tahu.
Itu yang aku mahu.
Sampai bila-bila.
Biar takkan pupus.
Takkan putus.

Buat masa ini, biarlah kalian yang bertakhta di hati.
Biar kalian lihat kejayaan.
Walaupun banyak liku & duka,
Sebelum bahagia dan kejayaan dicapai,
Biarkan pedih dan sedih itu dipendam.
Biar aku sahaja yang faham.

Betapa tinggi kasih sayang kalian,
Setinggi itu jugalah harapan,
Terhadap aku.
Aku tonggak utama keluarga.
Biarlah beban itu terbeban.
Kalian tetap tanggungjawabku.
Walau susah.
Walau payah.
Tetap kugagahi.

Akan kubawa kalian keluar.
Keluar dari skeptikal masyarakat
Yang selalu meremehkan. merendahkan.
Kadangkala menghina ketidak upayaan seseorang.
Ya, aku akui itu.
Mungkin mereka sudah terbiasa begitu.
Atau, tidak pernah merasa dibawah. 

Janji.
Aku janji.
Janji untuk itu.
Iringkan kasih kalian bersama doa.
Keberkatan dalam setiap usahaku.
Semoga ada kejayan.
Semoga tiada rasa berputus asa.
In Shaa Allah.
Dengan izin Maha Esa.
Janji itu dipatri.
Pasti.
Ya, aku pasti.


Tiada ulasan: