Rabu, 23 Mac 2011

keje makin melambak-lambak...

hmm...tapi hati ni relax n cool jep..nanti tem nak hampir due date,baru kelam kabut..haishh..ape nak jadi ntah..hari ni result spm keluar,,pape pun tahniah lah buat para ex-students yang baru 3 bulan meninggalkan zaman sekolah menengah anda..tahniah buat yang mendapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan..namun,,tahniah juga untuk student yg dapat result cam hangat-hangat najis ayam tuh..(btol ke peribahasa ni ngan statement nih?..papelah..) kerana anda telah berjaya juga menamatkan pendidikan yang wajib sebagai seorang rakyat Malaysia.Bukan ape,ade lah sesetengah muda-mudi kat luar sana (konon-konon kat negara lain bukan Malaysia) dah tak sanggup menahan godaan untuk pegang duit dalam jumlah yang banyak..kiranya bagi yang dah pernah kerja sambilan semasa cuti penggal dulu-dulu..sampai dah tak berminat untuk meneruskan pengajian mereka.Tak menyempat-nyempat..lek luuu!!.Bagilah habis belajar dulu la dik oiii!! rugi kalau tak menuntut ilmu nih..orang kata..selagi nyawa ade dalam badan,selagi badan belum dikandung tanah,tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya..ehem2..tapi bukan ilmu yang memusnahkan! Kalau menuntut ilmu yang camtu,baik tak payah..buat rosak akidah dan mase depan je(kat akhirat).Mudah sahaja kita boleh ditipu dan dipergunakan sekiranya tidak mempunyai ilmu..kan susah tu..wat naye je lau percaya sangat ape yang orang lain cakap.Percaya bulat-bulat tanpa usul periksa kesan daripada tidak berilmu dan tidak menggunakan fikiran waras dengan sebaiknya.Sekarang ni terlalu banyak penipuan terjadi walaupun pada hakikatnya kita rasa sesuatu itu betul tetapi pihak yang tidak bertanggungjawab biasanya akan memanipulasi orang ramai dengan taktik dan helah mereka kerana mereka percaya bahawa orang ramai akan mudah percaya dan terpedaya.Lagi satu, orang sekarang nih ade style! Bukanlah style yang boleh dibanggakan tetapi...nak tahu style apa??hmm..orang skarang ni kebanyakannya buat dulu baru fikir apa yang mereka dah lakukan..lau dah wat perkara yang tak elok..gane?(bagaimana dlm dialek ganu) nasi memang masih boleh jadi bubur kalau kita tambahkan air,malangnya bubur tak boleh berubah menjadi nasi melainkan kalian rajin sangat untuk tapis air kuah bubur then jemur supaya kering..hehe..tapi tak pasti lah boleh jadi nasi semula atau tak..balik semula pada topik asal..memang menyesal tak sudah!!!Nurfaz ni pun bukannye sempurna sangat nak menasihati orang..semua yang baik dari Yang Menguasai Alam ini,ALLAHU-rabbi...yang buruk semua datang dari makhluk ciptaanNya.Hmm..tapi sama-samalah kita saling nasihat-menasihati sesama yang lain agar tidak mudah lupa pada asal penciptaan seperti terjemahan Al-Qur'an dari surah Al-Asr 103~"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran"~
Terpulanglah kepada setiap individu untuk mengambil iktibar daripada peristiwa yang telah berlaku di belakang kita ataupun yang telah berlaku di depan mata (zaman) kita supaya mendapat pengajaran dan menjadikan sempadan bagi perkara yang tak molek.~nurfaz=)~