Isnin, 24 September 2012

Keluar mulut buaya masuk mulut harimau..ehhh?!!!

sebab naga da pupus da sekarang nih..hehehe

Puh...puh...phew,,,uhuk3..
Ai..terok berhabuk blog nih..byk sangat sawang nak kena bersihkan nih..fhew..hak..hakchem..
bersin sudah..sindrom penafasan tak normal..

Akhirnye, setelah setahun setengah menyepi tanpa entri..tis wil be my supernew entry (memang la kan..", ..hadoy)

Petang tadi  ade lab untuk subjek elektrik dan instrumentasi marin..dari pukul 2 sampai 5 petang..group kami buat eksperimen untuk set Direct Current II..dah la banyak lagi yang kene buat,board tu pulak bagi probs..adush..jabatan kena take note beli board baru nih..lai3..hihi..

ni la member group yg sgt berwibawa ye...
tekun ngat kimah, suha, sue,wadi dan gg. berkaliber dan berwibawa sek2 nim.
total membe segroup ade 7 orang...eh? kat pic ni baru 5 orang..hehe..aku da cabut ke kelas bahasa arab tem nih..lg sorang?hmm..adly g ngulo kat group len.

okeh,,tudia adly,yg kat tgh2.. ni group len,,kiri alif n then mak ngah merah tu noi

aku terpakse cabut lab ni oleh kerana mahu masuk 2nd lecture utk arab (1st lect aritu xpergi sebab blom daftar) dan berhasrat untuk berunding supaya kelas arab ni buat sejam hari lain.
Masuk2 kuliah je,tgk ustaz ismail (yg ngajo arab) da masuk..adush..tros jela duduk kat seat depan..
"Kenapa ente lambat?" soal ustaz.
"Err,,saya ada lab sebenarnye sekarang nih,ustaz".  Aduh..knape la aku ni jujur sangat? lurus betolla. 
"Owh,,ade lab?sekarang ni?maknenye klas ni clash dengan masa lab ente la?" . Aku  mengangguk.
 Ah,,start dah ustaz bersyarah..ente tak boleh tinggalkan yang wajib@teras sebab nak ambil elektif..kena seimbang..
"Tu lah ustaz, saya ingat nak runding dengan ustaz untuk buat kelas sejam pada waktu lain..heee(sambil tersenyum)"
"Kalau yang itu, ustaz tak boleh nak decide ape2..kamu kena berbincang dahulu dengan pelajar lain sebab kamu semua datang dari course yang berbeza, jadi,beza lah jadual masing-masing,"
Automatik aku pandang pelajar lain dalam kelas tersebut..mereka pun berbuat demikian,,memandang aku dengan perasaan yang berbeza-beza. mungkin tak puas hati,atau mungkin ade juga yang bersimpati..*kot..
"Ente tengok semula jadual,kalau memang clash dan tak boleh nak ubah ,,maknenye ente kene tarik balik la atau gugurkan kursus," .
 Ape?tarik balik?sedihnye rase dan memang aku nak cakap yang aku ni hipokrit! aku memang nak teruskan ambil subjek bahasa arab II sebab aku nak dapatkan sijil memandangkan aku dah ambil bahasa arab arab I sem lepas. dah alang-alang kn..baik teruskan untuk arab II dan arab III sem depan.
"Err,macam nilah ustaz,nanti saya bincang balik dengan penyelaras lab untuk lab tersebut sama ada bole buat hari lain atau tidak.."
"Baiklah kalau begitu,,kalau ade Rahim  dari pihak sane,bolehlah ente teruskan subjek ni..kalau tidak..terpakselah tarik balik.."
hmmph..bukan rahim wanita tu ye..tp rahim atas nama-nama Allah iaitu Asmaul Husna yang mulia seperti lafaz basmalah :
  بسم الله الرّحمن الرّحيم 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

maksud ustaz disitu kan, kalaulah ade belas kasihan dan simpati dari pihak penyelaras lab..gitu..uhuk2..

 WUWUWU...dalam hati sedih gila..muka pon rase da merah dan menampakkan riak wajah yang se'eh..

Baiklah..mari mulakan sesi pembelajaran kita pada hari ini ye..sobs3

sapela yang sudi nak tuka group ngan aku ye untuk lab ni?
hmm..sekarang nih..lab hari isnin clash dengan arab..kalau tukar lab,buat hari ahad..ok lah takde clash cuma klas pack sikitla..
dari pukul 8 hingga 11, lab dari 2 hingga 5 then sambung malam 8 hingga 10..then..sambung lagi! kelas silat pula..under PSSCMUMT iaitu Persatuan Seni Silat Cekak Universiti Malaysia Terengganu..

Huh..tula.dulu sebelum masuk taknak fikir masak2..sekarang nih..macam dah tak larat pulak nak bawak..sigh~~~.

#beban hidup bertambah susah kalau asyik dok fikir dan merungut je #