Ahad, 24 November 2013

Aktiviti Hujung Minggu: Tambat Anak

Hola..hola..Semalam,semalamnya lagi 22/11/2013.Ni kesah semalam,semalamnya lagi la ni.Seharian berkurung di bilik sebab hujan yang tak mau berhenti. Lapo memang lapo,tapi bab nak turun ke bawah tu memang payah la. Duduk tingkat 4 ni rase macam duduk kat awan je. Haha..tak nak turun kalau dah kat atas. Habis semua stok makanan musim sejuk dibedal.Musim sejuk hokay! Haha,,padahal musim tengkujuh, nak fefeeling dok negara 4 musim pulak.


Tiba-tiba petang tu kechik ajak teman pegi amek anak @ sangkar dia kat Jeti Marang. Memandangkan sekarang musim tengkujuh, tempat yang dia tambat anak dia tu.Jadi kurang salinity dan tak mencapai tahap untuk dibuat kajian. Kiranya salinity yang diperlukan adalah.35-40 ppm..Hoii,hoi,,apeni ppm?apeni? hokay2 rilek..ppm tu singkatan dari Part Per Million. Kiranya,dlm 1 million particle air tu, ade 35-40 je particle garam. So,itu adalah unit nak kira tahap kemasinan air tersebut.


Dalam kes ni,,(haa kes kau!), air dari daratan (air sungai) mengalir ke laut sangat banyak kuantitinya hingga menyebabkan kemasinan air tu berkurang dan barnacle o teritip tu tak mendiami kawasan tu. Jadi,tiada guna la pada kajian kerana ianya untuk menguji tahap ketahanan layer coating pada material terhadap hidupan ini juga terhadap salinity air.


Oleh itu, inisiatif lain adelah..mengalihkan anak dia dari Jeti Marang ke Pelabuhan Perikanan Chendering. Kat situ, agak open kepada laut,so masalah water from inland tak berlaku.Cumanya kalau cuaca teruk, ex;ribut o sebagainye,,tendency untuk sangkar tu hilang dibawa arus adalah tinggi walaupun setelah diikat,dipintal berkali-kali.Fuhhh.
Baru menaikkan anaknya.Hikhok.

Mandikan anak kesayangan.Bau dia..perghhh!

Haha..sempat lagi kan aku?Temoknye titew!(sila jgn cakap kuat-kuat)

Mase sampai kat Chendering tu dah azan maghrib,,pintu pagar tempat tu dah tutup..tapi nasib baik dorang bg masuk.Masuk,then cari port yg sesuai nak tambat anak. Uihh,,sejuk gila!! Angin kencang tapi mendamaikan. Camne nak tambat ni ek? Kang men tambat mane2,ade pulak sipolan yang mencabut.Adehh. Nasib baik ade sorang pakcik kat situ yang bertanya,so,mintak tolong dia tambatkan sekali lah.


Setellll!


Pastu ade menjengah jugak tempat sangkar yang ditambat sebelum ni (sangkar lain)..ehh?? dah ade balik laa!! Excited gila si kechik. Sebelum ni hilang mase tambat kat situ. Dia syak sebelum ni ade sipolan yang sengaja mencabut dan menghanyutkannya.Tu yang kene buat sangkar lain tu.Tiba-tiba muncul balik anak sulung dia..Hahaha..mungkin abang yang tolong jaga sangkar tu,menyelam dan mencari semula sangkar tu.
Jeti yang panjang.Suka suasana ni!

Haa,tangga dekat pile tu la tempat kechik tambat anak dia

Then,kami meninggalkan pelabuhan tersebut selepas mengehon sekuatnya pada pakcik2 yang dok berlegar kat situ..kira macam respek kat diorang n tanda nak bagitau kitorang nak balik.Haha..nasib baik dorang respon dengan ramah.


Next,kami pusing kawasan sekitar dan tunjukkan base navy PSTL Chendering pada kechik,,selalunya bila awop2 palapes cakap nak pegi training kat Chendering,dia tak tahu pon kat mane.Now, I've shown to her the base. 


Kami pergi berjalan-jalan cari masjid sebenaunye.Ingat nak singgah kat surau situ,tapi tengok semuanya lelaki,tak jadilah nak singgah.Last-last, kami bermaghrib di Masjid Tengku Tengah Zaharah.Ramai betul yang singgah di sini.Haa..masjid mane tu??.Ala masjid terapung tu la..owh..cakap masjid terapung baru tau ek?Masjid legend tu,,ye lah,,mase kecik-kecik dolu,cikgu dok ajar tempat-tempat menarik di Malaysia,so dekat Terengganu ni adalah masjid terapung dan rantau abang. Dulu belum ade lagi Masjid Kristal,ye dop awop?


Balik tu singgah isi minyak sebelum mencari tempat makan. Plan nak makan kat Chillada,first time tu walaupun dok kat terengganu da 3tahun++.Haa..depan restoran ni ade replika cili bapak besau! Da siap2 parking,turun menapak ke restoran..eh2..manenye restoran tu?Ok..jalan depan lagi,lagi.lagi..laaa..tutup rupanya! Patutnya cari cili besar tu takde.ingat terkepas pandang ke ape.Adoii.


Last-last balik menuju ke Tok Jembal.Sebelum tu singgah ke Batu 6 dulu,memulangkan kereta pada tuannye. Masuk ke jalan Petai Bubus,,ternampak towtruck melintas,kat belakang tu tengah towing kereta iswara merah yang masuk parit petang tadi.Lame gila dorang nak naikkan kereta ni!!! .Dari kitorang ke Marang sampaila da balik semula baru setel.


Balik dengan motor kesayangan gua dan kehujanan dan kebasahan separuh sebab pakai baju hujan tapi tak pakai seluarnye.Malas punya pasal,kan dah basah. Berhenti makan di NR Cafe Tok Jembal. Gua order nasi putih,telur bungkus,air kelapa..siap order kentang goreng lagi,,punyalah kebulur kan.Takpe2 malam ni Kechik belanje.Hamboii,,mentang2 orang belanje,ko main hoder je ek faziek??Haha..takdela..sebab gua teringin nak makan.Kang kempunan susah pulak.

Muka Kechik yang kelaparan. 

Makan punya makan..alamak,perut rasa nak pecah,,tak boleh telan dah..takpe2 take your time.Take your time hape,,dah pukul 11 malam dah ni!!! Pelan-pelan aku menyumbat walaupun tak larat.Orang belanje,kita kene habiskan,kalau tak orang serik nak belanja makan lagi.(Ini petua supaya orang selalu bermurah hati nak belanja makan..ekekekeke)


Habis je makan,,burrrr!!! Hujan turun dengan lebatnya. Adoiii,,bila mau balik ni???Sup ayam yang masih banyak berbaki,kami minta bungkus.Tunggu la kejap sementara hujan nak reda,tapi eh..mane sup ayam bungkus ni? Rupa-rupanya pekerja tu salah denga,tak taula dorang pegi buang ke ape kan. So,dengan rasa bersalah,dorang pun buat sup yang baru,Wahh,,rezeki meh!!! Bole la Kechik buat sarapan pagi esok.


Lepas hantar Kechik balik,,aku pun balik sendirian..menggigil weh!! Sejuk gila!Terima kasih belanja makan Kechik,ade rezeki belanjalah lagi! Hukhukhuk.


Okey.Sekian.Babai.

Jumaat, 31 Mei 2013

Surprise Dihujung Cerita???!!! Ohsem Sangat ke?

Alhamdulillah...
Allahuakbar...
Syukur-syukur...
Penantian dari awal tahun yang dipenuhi dgn keresahan, kegentaran dan pelbagai tanda tanya akhirnya terjawab juga segalanya.
 Setelah kian lama, aku bersyukur atas takdirMu..yg tidak bersalah,tetap tidak bersalah.
 Walaupun kempunan lagi, tetapi yg akan datang ini bakal memberi lebih tamparan. 
Semoga aku kuat dan dipermudahkan segalanya. Aminn..ya Rabb!

Maghrib tadi, Noi bagi mesej.
Dia bagitau, ape yang kitorang tunggu-tunggu dah keluar.
Lega.
Aku tanya dia macamana. Alhamdulillah. Ok.
Jadi, tak perlu membuang masa mengulangi apa yang telah dilalui.
Sesak nafas nak mengharungi yang satu itu.
Kalau ulang lagi, memang bertambah sesak nafas.
Yang pasti sesak nafas plus-plus.

Meniti bulan-bulan terakhir sebelum menjalani praktikal.
a.k.a. bulan-bulan terakhir sebelum meninggalkan universiti.
Ia adalah suatu kegembiraan.
Keterujaan tak terhingga.
Juga penyeksaan dengan beban-beban yang tak segan datang bergolek.
Sebenarnya.
Ya.Memang terbeban. Membeban. Dibeban.
*rintihan*

Kembali pada berita gembira tadi.
Aku takde hati nak tengok mende tu.
Kenape?
Sebab salah satu syarat tu masih belum aku penuhi.
Mungkin tiada berita gembira untuk aku.
Macam yang Noi dapat.

Aku gagahi jugak last-last.
Niat hati nak mengendap je.
Tapi, Alhamdulillah.
Ia berita gembira untuk aku juga.
Macam nak bagitau semorang yang tahu pasal kisah ini.
Princess Kiut memang patot tahu pasal nih.
Sayup dalam hati aku mengucap syukur.
Mulut pun tak putus-putus menyebut kalimah itu.

Mungkin inilah hikmahnya.
Yang benar tetap tidak bersalah.
Walaupun aku kempunan lagi kali ini.
Setelah permainan sengit yang pernah ku lalui sebelumnya.
Masih ada sinar menanti untukku terus berjuang.
Responsiku sepanjang Jun ini.
Bakal menentukan yang bakal  tertulis.
Akan datang.

Rabu, 29 Mei 2013



Mencari Semangat. Mencari Hati. Semua Keranamu.


Ya aku perlu lupakan dia.
Dia yang belum tentu dicipta untuk aku.
Mulai sekarang dan seterusnya.
Berhenti & keluar dari dunia fantasi.
Teruskan hidup dengan realiti.
Fokuskan tujuan utk capai stabiliti.
Demi mengukuhkan identiti.
Identiti yang baru ditemui.
Yakin boleh & terus percaya diri.
Boleh bahagiakan keluarga juga diri ini.


Aku kan kuat semangat.
Kasih sayang mak abah dan keluarga sudah cukup.
Cukup bermakna dan berharga.
Sudah penuh.
Aku kasih dan sayang pada kalian.
Kalian pun begitu juga.
Itu yang aku tahu.
Itu yang aku mahu.
Sampai bila-bila.
Biar takkan pupus.
Takkan putus.

Buat masa ini, biarlah kalian yang bertakhta di hati.
Biar kalian lihat kejayaan.
Walaupun banyak liku & duka,
Sebelum bahagia dan kejayaan dicapai,
Biarkan pedih dan sedih itu dipendam.
Biar aku sahaja yang faham.

Betapa tinggi kasih sayang kalian,
Setinggi itu jugalah harapan,
Terhadap aku.
Aku tonggak utama keluarga.
Biarlah beban itu terbeban.
Kalian tetap tanggungjawabku.
Walau susah.
Walau payah.
Tetap kugagahi.

Akan kubawa kalian keluar.
Keluar dari skeptikal masyarakat
Yang selalu meremehkan. merendahkan.
Kadangkala menghina ketidak upayaan seseorang.
Ya, aku akui itu.
Mungkin mereka sudah terbiasa begitu.
Atau, tidak pernah merasa dibawah. 

Janji.
Aku janji.
Janji untuk itu.
Iringkan kasih kalian bersama doa.
Keberkatan dalam setiap usahaku.
Semoga ada kejayan.
Semoga tiada rasa berputus asa.
In Shaa Allah.
Dengan izin Maha Esa.
Janji itu dipatri.
Pasti.
Ya, aku pasti.