Jumaat, 31 Mei 2013

Surprise Dihujung Cerita???!!! Ohsem Sangat ke?

Alhamdulillah...
Allahuakbar...
Syukur-syukur...
Penantian dari awal tahun yang dipenuhi dgn keresahan, kegentaran dan pelbagai tanda tanya akhirnya terjawab juga segalanya.
 Setelah kian lama, aku bersyukur atas takdirMu..yg tidak bersalah,tetap tidak bersalah.
 Walaupun kempunan lagi, tetapi yg akan datang ini bakal memberi lebih tamparan. 
Semoga aku kuat dan dipermudahkan segalanya. Aminn..ya Rabb!

Maghrib tadi, Noi bagi mesej.
Dia bagitau, ape yang kitorang tunggu-tunggu dah keluar.
Lega.
Aku tanya dia macamana. Alhamdulillah. Ok.
Jadi, tak perlu membuang masa mengulangi apa yang telah dilalui.
Sesak nafas nak mengharungi yang satu itu.
Kalau ulang lagi, memang bertambah sesak nafas.
Yang pasti sesak nafas plus-plus.

Meniti bulan-bulan terakhir sebelum menjalani praktikal.
a.k.a. bulan-bulan terakhir sebelum meninggalkan universiti.
Ia adalah suatu kegembiraan.
Keterujaan tak terhingga.
Juga penyeksaan dengan beban-beban yang tak segan datang bergolek.
Sebenarnya.
Ya.Memang terbeban. Membeban. Dibeban.
*rintihan*

Kembali pada berita gembira tadi.
Aku takde hati nak tengok mende tu.
Kenape?
Sebab salah satu syarat tu masih belum aku penuhi.
Mungkin tiada berita gembira untuk aku.
Macam yang Noi dapat.

Aku gagahi jugak last-last.
Niat hati nak mengendap je.
Tapi, Alhamdulillah.
Ia berita gembira untuk aku juga.
Macam nak bagitau semorang yang tahu pasal kisah ini.
Princess Kiut memang patot tahu pasal nih.
Sayup dalam hati aku mengucap syukur.
Mulut pun tak putus-putus menyebut kalimah itu.

Mungkin inilah hikmahnya.
Yang benar tetap tidak bersalah.
Walaupun aku kempunan lagi kali ini.
Setelah permainan sengit yang pernah ku lalui sebelumnya.
Masih ada sinar menanti untukku terus berjuang.
Responsiku sepanjang Jun ini.
Bakal menentukan yang bakal  tertulis.
Akan datang.

Tiada ulasan: